Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum. Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.  Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah sudah mu