Skip to main content

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum.

Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.

 Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah sudah mula masuk ke alam pekerjaan yang jauh di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Alang pula, berbaki 1 tahun lagi di alam Universiti. Bagaimana dengan aku? berjayakah aku seperti mereka?

  Setelah tamatnya kertas terakhir di Final STPM, aku mula berfikir arah tujuan hidup, bagaimana dengan keputusan aku, bagaimana dengan aku dan bagaimana dengan ibu bapa aku? semenjak itu, jiwa dan hati aku tidak tenang. aku memikirkan masa depan dan ibu bapa aku. aku telah gagal sebanyak 3 kali. UPSR, PMR dan SPM. sebenarnya aku tidak gagal tetapi keputusan peperiksaan aku sekadar cukup makan sahaja. aku bukan seperti mereka yang sepenuhnya bijak. Exam Final aku buat semampu aku, aku cuba setenang aku, aku mengawal masa tidur, aku mengawal masa bersosial aku mengawal masa bermain. Aku terus berada dalam ketakutan.

  Semesta yang kedua, aku gagal sepenuhnya. pointer takyah share. Memang aku gagal kerana kesibukan aku dengan projek kokurikulum, projek assigment dan aktiviti kokurikulum adik adik junior Form 4 dan Form 5 yang harus dibantu oleh kami. Kekangan masa buat aku lupa erti study. balik jam 7 petang, buat aku penat di malam hari dan tertidur tanpa belajar. aku mengaku kekhilafan aku di sini. Hari keluar keputusan semesta 2, umi begitu kecewa sehingga tidak mahu bercakap dengan aku. Abi bercakap tetapi aku gagal mengawal emosi aku. Siapa tak sedih dengan keputusan aku itu? aku menangis sehabis mungkin ketika itu (menangis lagi).

 Aku pernah pulang lewat malam ke rumah kerana projek projek yang dikatakan hanya sekadar aku mendapat 8.7% daripada 10%. Berbaloikah? mungkin. Aku juga mengorbankan masa aku bersama keluarga semasa aku berada di STPM, aku tidak menghadiri hari keluarga, melawat mak sedara yang sakit, perkahwinan keluarga dan aku terpaksa bermalam di rumah sedara kerana kesibukan aku yang nyata. Semoga pengorbanan aku ini, Allah terima dan membuahkan hasil yang nyata juga.

  Bagaimana aku belajar di sini? ramai yang belum memahami situasi aku. Kenapa aku buat situasi aku seperti universiti? di sini aku jelaskan, di tektra pelajar tingkatan 6 tidak diberi penekanan, kelas harian biasa selalu diganggu dengan aktiviti-aktiviti yang tidak melibatkan kami tetapi kami harus berada di situ. kami tidak diberikan kelas tambahan, kami tidak diberikan penumpuan seperti pelajar tingkatan 5 di tektra, mereka diberi kem, kelas hujung minggu dan pulang lewat kerana kelas tambahan. Kami pelajar tingkatan 6, diberi pulang jam 3 tetapi kami akan sentiasa sibuk untuk membantu adik adik tingkatan 4 dengan aktiviti mereka. Bagi mereka tingkatan 6 di sekolah yang lain, mereka diberi kem, kelas tambahan dan penekanan yang serius oleh guru guru mereka. kami di sini, seperti di universiti. ada kalanya kelas ada ada kalanya kelas terpaksa dibatalkan. Ada kalanya projek kokurikulum dari awal permohonan dari PK tingkatan 6 sehingga selesai majlis kami selesaikan.

 Mereka di sekolah lain dibantu oleh guru mereka. Aku tidak pernah marah dan emosi yang teruk dengan sistem sekolah yang begini, tetapi aku marah dan emosi sekiranya kami diberi beban dan seandainya kami salah, kami yang dimarahi. Pengalaman aku di sini telah mengajar aku bagaimana suasana di universiti. Aku tidak menyesal untuk berada di sini, aku tidak marah dan emosi aku tidak menyalahkan sesiapa dalam situasi begini dan aku percaya pasti akan ada kemanisan di sebalik semua ini.

  Abi umi pernah berkata, "Allah nak uji kesabaran kita, Allah maha kaya dan pemurah rezeki ada di mana mana cuma Allah pusingkan sikit. Takpe, inshaAllah boleh"

 Terima kasih buat semua insan yang ada dalam kehidupan aku sehingga kini yang sudah pergi mahupun yang masih ada. Doakan aku berjaya menyambung pelajaran di universiti tempatan agar dapat memudahkan urusan umi abi aku. Harapan aku tidak lain tidak bukan hanya untuk kedua umi abi aku yang telah bersusah payah selama ini. Seandainya rezeki aku bukan di Malaysia, aku redha dan aku berharap ia adalah jalan yang terbaik.



 malam hari sebagai fesi kem kepimpinan pelajar tingkatan 5



 ketika projekku di UPM Serdang




 ketika projekku di UPM Serdang


 menjadi MC untuk program bantu mula Tektra/Smaaza




 menjaga CP untuk guru-guru dan adik adik di majlis sekolah 





 aktiviti mengemas dewan untuk majlis di sekolah




pengisian untuk pelajar tingkatan 5 




 
 program bantu mula sesi 2



 program bantu mula sesi 2



ketika projekku di Finas Shah Alam.

aku dan mereka F10. (sorang menghilang)




Husna
Penganggur tanam anggur.


Comments

Popular posts from this blog

KENANGAN ~

  Sekian lama menyepi, blog yang sudah kurang update, semakin kurang updatenya. Catatan terakhir, keluarnya keputusan SPM, 10 bulan berlalu. 2 bulan juga aku membawa diri ke tempat yang jauh di mata pembaca blog. kembaliku di Terengganu, Mei 2016, untuk meneruskan perjuangan yang tersisa iaitu menuntut ilmu. Pilihan yang Allah aturkan cukup indah bukan? aku meneruskan lagi bidang kemanusian iaitu ekonomi. Siapa sangka niat hanya menuntut ilmu seketika sambil menunggu panggilan yang lain bertahan hingga tamatnya semesta 1. Result semesta 1 tak keluar lagi, untuk kakak-kakak abang-abang dan makcik-makcik yang bertanya "keputusan berapo?" saya masih belum ada jawapan yang sesuai untuk itu.   Post kali ni, untuk saya titipkan beberapa kata-kata buat insan yang pernah ada dalam hidup saya. yang pernah bertakhta dalam hati saya iaitu kawan-kawan perjuangan.  Buat insan-insan terpilih~~ p/s:sekolah rendah tak pandai lagi nak bergambar mungkin sebab no gambar lah heheheh

selamat tinggal ~

assalamualaikum dan salam sejahtera.  maka, tamatlah sesi persekolahan pada 2014 dan ini bermakna tamat jugalah riwayatku di sekolah. selamat tinggal semua . semoga jumpal lagi. new school, be nice please. exam akhir tahun berlangsung dengan jayanya walaupun masalah yang diri sendiri timbul ketika diri ini sibuk dengan exam. ambil pengajaran dan iktibar dan jangan ulangi kesalahan yang sama wahai diri sendiri. cukup lah dengan apa yang berlaku. banyak hikmahnya. mohon maaf sahaba yang disayangi kerana diri ini terpaksa bergerak meninggalkan medan perjuangan ini. baru sahaja bermula cut persekolahan yang ditunggu oleh semua pelajar. hari ni result pt3 keluar? good luck ~ sedih ingin melangkah pergi, namun ini kehendak keluarga, kehendak guru dan kehendak sekolah dan yang paling utama, kehendak dan kesalahan diri sendiri. terima kasih atas nasihat dan kekuatan yang sahabat salurkan kepada saya ketika masalah sedang merebak. dan akhirnya ia tamat dengan tamatnya sesi persekolahan. umi