Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Kehidupan Penganggur dan Babysitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.    Ceria benar di Jumaat yang mulia ini, tuptaptutap dah nak habis bulan Rejab. Soon, Sya'ban dan Ramadhan. InshaAllah kita semua akan bertemu dengan Ramadhan. Semua umat Islam wajib berpuasa selama sebulan (30 hari) dan bukan Islam menghormati bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Syukur, Allah bagi kita berada di Malaysia yang berbilang kaum dan kebanyakannya lebih menghormati antara satu sama lain. Walaupun masih ada yang tidak menghormati antara satu sama lain itu minoriti sahaja. Doakan moga mereka diberi hati yang baik. Semoga Ramadhan yang bakal hadir nanti membawa seribu satu rahmat dan rezeki untuk kita semua.      Sudah lama tidak mengisi di ruangan ini untuk bercerita kehidupan selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam STPM. Alhamdulillah. Rezeki itu luas orang cakap, sepanjang cuti saya semakin sihat dan sihat. bulan Januari yang lalu, saya dipanggil utnuk menjadi babysitter kepada anak anak sepupu yang berada di Kuala Lum

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum. Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.  Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah sudah mu

tamat sudah perjalanan form 6

Hai, Assalamualaikum. Hello there.  2018 sudah menjenguk. 9 years ago saya berkira untuk membuat satu blog khas untuk saya sendiri menulis coretan yang ada sepanjang hidup. Alhamdulillah. Hari ini dan mungkin seterusnya aku bakal dipanggil makcik makcik kerana zaman remaja sudah mula meninggalkan saya. peringkat belasan tahun bakal meninggalkan saya. Alhamdulillah. Setahun setengah sudah berlalu maka secara langsung saya berjaya menghabiskan peringkat STPM. Siapa sangka? seorang remaja perempuan yang masih lagi dapat membuat keputusan yang baik dalam hidup dapat menghabiskan di peringkat ini. syukur, perjalanan di sini di permudahkan oleh Allah. Blog ini mula dicipta di saat mulanya aku mendapat komputer riba bantuan kerajaan Terengganu pada tahun 2009. Ketika itu, saya berumur 11 tahun.Dan kini blog mula tidak dikemaskini kerana kekangan masa untuk belajar, bersosial dan sebagainya. Semoga cuti yang panjang ini saya dapat berkongsi cerita yang banyak. Pada akhir 2017, saya mendudu