Skip to main content

KENANGAN ~

  Sekian lama menyepi, blog yang sudah kurang update, semakin kurang updatenya. Catatan terakhir, keluarnya keputusan SPM, 10 bulan berlalu. 2 bulan juga aku membawa diri ke tempat yang jauh di mata pembaca blog. kembaliku di Terengganu, Mei 2016, untuk meneruskan perjuangan yang tersisa iaitu menuntut ilmu. Pilihan yang Allah aturkan cukup indah bukan? aku meneruskan lagi bidang kemanusian iaitu ekonomi. Siapa sangka niat hanya menuntut ilmu seketika sambil menunggu panggilan yang lain bertahan hingga tamatnya semesta 1. Result semesta 1 tak keluar lagi, untuk kakak-kakak abang-abang dan makcik-makcik yang bertanya "keputusan berapo?" saya masih belum ada jawapan yang sesuai untuk itu.

  Post kali ni, untuk saya titipkan beberapa kata-kata buat insan yang pernah ada dalam hidup saya. yang pernah bertakhta dalam hati saya iaitu kawan-kawan perjuangan. 



Buat insan-insan terpilih~~
p/s:sekolah rendah tak pandai lagi nak bergambar mungkin sebab no gambar lah heheheh


Allah temukan kita dengan pelbagai cara, Allah jodohkan kita dengan cara bertegur sapa dengan pelbagai cara. Allah terbangkan sayap kita seluruh pelusuk dunia. dan akhirnya Allah pisahkan kita dengan pelbagai cara. Buat insan di SK TOK JIRING (2005-2010) terima kasih kerana mengajar aku erti kehidupan yang sangat naif. kehidupan yang "Alif Lam Lam Ha, tipu, dosa" pelbagai rintangan dan suka duka sepanjang 6 tahun aku jejak di sana. Buat kumpulan Qalam Jamaie yang pernah mewakili sekolah ke peringkat Negeri, tahniah dan terima kasih kerana selalu memberi kata semangat di saat semua orang berlari ke pagar untuk pulang dan kita ke bilik Bahasa Arab untuk bertatih memenangi pertandingan. Gementar sudah mula hilang di saat pelbagai persembahan di lakukan. bertubi-tubi hingga mencecah darjah 6.


 Untuk persembahan terakhir, penutup Kokurikulum 2010, kita buat yang terbaik untuk meninggalkan nama dan sejarah di sana. tahniah. Akhirnya, dengan keputusan UPSR ketiadaan umi abi ke Mekah menyebabkan aku tidak mempunyai kekuatan. Melalui telefon, ku mendengar permintaan seorang ibu terhadap anaknya, "chik. sekolah MTT ye? takkan nak Bukit Guntong kan? MTT?" aku akhirnya akur walau aku tahu hati berkeras tak mahu, menangis semahunya aku sendirian. Aku mengalah dan akhinya aku menerima panggilan selang beberapa hari "Muni siap-siap nanti Mak ambil kita pergi interview" bagai kilat menyambar aku bersiap. Soalan yang aku jangkakan aku takkan mendapat peluang ke sana, akhirnya Allah menjawab persoalan aku dengan "Tahniah. anak Tuan/Puan berjaya sesi temuduga kami" akhirnya aku melalui proses tarbiah di sana. Allah aturkan pertemuan dengan sahabat-sahabat yang menjadi penguat kepada aku, yang menjadi perangsang untuk aku terus kuat dan teguh. Terlalu banyak memori yang aku ingin kutip, namun ia tidak sepatutnya menjadi bahan utama ejekan buat pembaca. Kenakalan memanjat gril, kenakalan ponteng dan sebagainya cukuplah menjadi sejarah hitam yang kini menjadi bayangan aku. buat insan MTT (2011-2014) Terima kasih kerana terus berada di belakang aku hingga kini malah masih ada yang terus bertanya khabar, aku ucapkan terima kasih kerana masih lagi menyanyangiku.




  Allah tetapkan untuk aku keluar dahulu dari semua orang yang aku cintai persahabatan yang aku cintai, berciciran air mata yang aku lihat tak sanggup aku ingati lagi. Persahabatan yang kita bina takkan terpadam seperti api yang mudah dipadamkan oleh abang bomba. Segala kenangan yang kita bina di kelas, di bilik guru, asrama, masjid, padang dan di perkuburan ayahnda moga terus menjadi kisah yang boleh diceritakan buat anak-anak. Aku melangkah keluar dari pagar atas kehendak dan kesalahan pilihan kehidupan aku tapi ini takdir. Hati terus terpahat, semoga dengan perginya aku, korang akan lebih fokus. Cuti akhir tahun berlalu, seminggu sebelum persekolahan bermula, umi abi mula sibuk mencari sekolah buat aku. Maafkan aku umi, abi. Ke sana, ke sini.. akhirnya pilihan SMK Bukit Guntong. (2015) baut insan di sana, mesti berfikir yang aku tak ikhlas ke sana. yeah! jujur aku cakapkan hati aku masih di sana, bukan di sini ketika permulaan hingga menitis air mata dan rebah di dewan berseorangan. Aku tak mampu hadapi seorang diri.

 Akhirnya perasaan yang aku takuti terhapus. Allah tarik semua perasaan takut itu, Allah berikan kebahagian seketika bertemu 7 sekawan yang baik. setiap hubungan ada naik dan turunya. maafkan setiap kesilapan saya kawan. setahun itu, aku belajar bagaimana ingin berusaha mencapai impian bukan hanya bertawakkal, aku juga diajar untuk terus bangkit dari lemah, aku diajar untuk mengubah sikap. aku diajar untuk menjadi anak yang baik buat umi dan abi. perit terkena duri semakin berkurang. aku mula tersenyum secara ikhlas, aku mula hadir secara ikhlas, aku mula bercakap secara ikhlas, aku mula membuka kisah lama untuk menamatkan spekulasi "kenapa datang sini?" akhirnya tamat SPM, aku diamkan diri seketika pergi jauh dan hinggap semuala di sana untuk mengambil keputusan SPM. 


kawan-kawan, sahabat-sahabat, terima kasih tak terhingga aku ucapkan kerana hadir mewarnai kehidupan aku, mengajar aku pelbagai erti kehidupan yang pada awalnya aku begitu naif dalam pelbagai hal. kerana korang, aku diajar untuk menjadi insan yang lebih baik dan berfikiran terbuka. buat insan yang pernah bergelar kawan dan menjadi lawan, aku pernah menyesali perbuatan aku satu saat dahulu dan mungkin pada hari ini kita menjadi lawan segalanya berpunca dari aku, aku hulurkan segala kemaafan buat semua. buat sahabat yang selalu menjadi "sabar nir" "Allah dok duga insan dia yang tak mampu hadapi" "aku selalu merindui kenangan kita" aku benar benar akan merindui semua peristiwa dan kenangan kita bersama. aku takkan kuburkan segalanya. mungkin aku akan lupa dek perubahan muka fizikal dan sebagainya. cubalah ingatkan aku kembali tentang kenangan kita. aku takkan melupakan semua. 


aku takkan lupa. tapi aku mungkin akan diam seketika atau mungkin aku akan menjadi chocolat chip yang tak selalu ada di atas permukaan chipsmore. tegurlah aku mungkin di saat itu baru aku bangkit dari tidur yang panjang kerana terlampau memikirkan perasaan sendiri. Buat sahabat perjuangan di Form6 ini, aku mengharapkan keajaiban dan persahabatan kita walaupun semesta 1 sudah berliku yang kita hadapi, tapi aku impikan keajaiban dalam persahabatan kita.


Akhir kata, korang juga api dan korang juga air ~ 

Setakat ini je kot pengisian blog yang terlampau panjang kali ini, moga boleh membawa kepada keajaiban kepada kehidupan seseorang.



Comments

Popular posts from this blog

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum. Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.  Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah sudah mu

selamat tinggal ~

assalamualaikum dan salam sejahtera.  maka, tamatlah sesi persekolahan pada 2014 dan ini bermakna tamat jugalah riwayatku di sekolah. selamat tinggal semua . semoga jumpal lagi. new school, be nice please. exam akhir tahun berlangsung dengan jayanya walaupun masalah yang diri sendiri timbul ketika diri ini sibuk dengan exam. ambil pengajaran dan iktibar dan jangan ulangi kesalahan yang sama wahai diri sendiri. cukup lah dengan apa yang berlaku. banyak hikmahnya. mohon maaf sahaba yang disayangi kerana diri ini terpaksa bergerak meninggalkan medan perjuangan ini. baru sahaja bermula cut persekolahan yang ditunggu oleh semua pelajar. hari ni result pt3 keluar? good luck ~ sedih ingin melangkah pergi, namun ini kehendak keluarga, kehendak guru dan kehendak sekolah dan yang paling utama, kehendak dan kesalahan diri sendiri. terima kasih atas nasihat dan kekuatan yang sahabat salurkan kepada saya ketika masalah sedang merebak. dan akhirnya ia tamat dengan tamatnya sesi persekolahan. umi