Skip to main content

rezeki datang dari Allah

Assalamualaikum.
salam sejahtera.

keputusan SPM pun dah diumumkan. minggu lepas keluar keputusan. seminggu nak tunggu khamis tu bagai nak rak berdebar. hanya Allah je lah yang tahu. kalau jiran sebelah, sepupu sepapat, mak sedara, cikgu-cikgu, semualah tanya tak berdebar ke nak tunggu keputusan ni? nak tahu tak sebenarnya dari awal aku keluar bilik peperiksaan kertas terakhir tu hah. kertas perdaganggan berdebar. aku fikir macam-macam dah. semua. sebab dalam bilik peperiksaan itu aku je tahu apa yang aku jawab apa yang aku tulis, apa yang aku merapu dalam kertas tuh. aku je lah yang tahu . masa SPM tuh aku tak sembang pun dengan kawan apa yang aku merapu dalam kertas tuh. aku diam je dan aku sedia tadah telinga lah untuk kawan-kawan yang nak kongsi apa yang dia merapu dalam tuh. kadang-kadang kalau sama dengan apa yang dia merapu, aku cakap jelah "eh eh samalah kita". subjek yang aku langsung aku tak tahu kenapa aku tak boleh go on dengan subjek tu aku memang dah bermula fikir masa tu. masa tu perasaan bercelaru tahu tak, yelah. gembira lah sebab aku dah lepas SPM. dan aku mula risau apa yang Allah nak bagi aku setelah apa yang aku merapu selama sebulan tuh.

pendek cerita, aku dah mula berfikir bangun tidur, makan, mandi, semualah aku akan fikir apa yang akan jadi lepas ni. bila dah masuk bulan februari tu, aku punya perasaan berdebar tu lain macam sikit. tetapi, nak ungkapkan berdebar tu, aku serahkan segalanya pada Allah. aku serahkan diri aku, aku nak cerita pasal berdebar tu, tak boleh nak tafsirkan. aku je alami. kalau depan umi abi adik beradik boleh lah senyum. eleh. suka suka. tapi dalam diam. Allah je tahu. Dalam masa yang sama, aku teruskan hidup dengan apa yang berlaku dan akhirnya hari khamis 03.03.2016 tiba tanpa dijemput. malam tu, aku dah cuba tidur dengan tenang tapi tak mampu. memang tak mampu nak tidur masa tu. masa tu along jadi peneman kebetulan along tengok cerita dengan laptop. aku bangun pergi dapur sebab rasa nak makan sesuatu, aku pun buat milo, minum milo dengan hasrat dapat tidur. hampa. aku pun cuba lagi dengan aku dengar lagu. hampa. aku cuba lagi dengan aku buat kerja yang memenatkan otak. seperti, aku kira berapa ekor burung yang aku nampak hari ini maksudnya, aku throwback semua aktivi hari ini kat luar rumah dan kira burung yang aku nampak dan hampa juga. aku pun akhirnya pergi buka phone dengar orang mengaji. tenang sangat. lepas tu aku basuh muka dan ambil  air sembahyang. aku fikir boleh lah aku tidur. sekali aku baring ats katil, mata tak tutup. tengok phone yeay pukul 2 pagi.

aku pun tutup mata, cuba dan cuba akhirnya tidur dengan tenang. mungkin sekitar hampir pukul 3. pagi tu bangun dengan muka yang tak dapat nak tafsir, mungkin berdebar tu kian terasa. aku pun pergi menjalankan rutin harian. sediakan breakfast untuk semua orang yang sibuk dengan kerja, paktikal dan sesi persekolahan. lepas semua orang dah pergi, aku pergi lipat baju aku sendiri. letak dalam almari. dalam sekitar pukul 8, aku mandi dengan pelbagai perasaan. abi yang ada masa tu, mungkin nak hilangkan aku punya perasaan berdebar tuh. punyalah abi cakap banyak. sampai aku tak tahu nak cakap apa lagi masa tu. sampai sekolah tu awal, sekitar pukul 9. memang mulut aku dah berkunci tak sempat nak tanya khabar sape-sape yang ada kat situ. aku terus ke dewan. diam. selfie juga lah kan. benda wajib sekarang ni. pastu cikgu datang cakap pasal result berita yang gembira lah. sampai cikgu akaun aku tu, melompat. kalau tulah, sape tak melompat kelas aku akaun untuk trial sangat down kira subjek killer lah. sampai pengetua marah. :) lepas tu jumpa ckgu yang selalu buat lawak dan kadang-kadang tu aku yang buat lawak dengan dia masa kem addmath. :muka debar?" cikgu selalu buat saya nak tergelak. dan akhirnya resah untuk menunggu keputusan aku akhirkan dengan aku cek dengan SMS. dan akhirnya aku ketahui. akhirnya Allah bagi aku rezeki yang memang ALlah cakap layak untuk aku setelah apa yang aku usahakan, walaupun tidak secemerlang abang-abang aku. aku tahu itu rezeki aku.

Allah bagi rezeki yang aku tidak sangka, tidak seperti bayangan aku. aku bersyukur. aku hanya mampu berserah pada Allah atas apa yang berlaku. Allah lebih mengetahui yang terbaik buat umatNya. semoga aku sentiasa di dalam lindungiNya.

Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan ke-19 untuk aku

assalamualaikum dan salam sejahtera. 6 Jun 2017 Aku masih menyambung pelajaran di peringkat STPM. masa berlalu dengan pantas, belum sempat untuk menceritakan pengalamanku di sini. Siapa kata STPM ini mudah? siapa kata STPM ini halatuju untuk mereka yang mendapat keputusan SPM yang teruk? siapa kata STPM ini halatuju terakhir? Cuti semesta masih berbaki beberapa hari... siapa sangka aku bakal menempuh semesta terakhir di sini? siapa sangka aku mampu bertahan hingga ke peringkat ini? kalau diceritakan di sini, tentang kehidupan, onar duri di sini aku tak mampu. semoga aku mampu untuk terus istiqomah dan meraih kejayaan di sini. Aku berjaya harungi semesta 1 dan semesta 2 dengan berhemah walau aku jatuh di tengah jalan aku tetap bangkit. siapa kata aku tidak kecundang untuk berhenti?  siapa kata aku mampu untuk bertahan menerima semua ini dengan terbuka? semua ini penuh rahsia. semoga rahsia yang Allah sembunyikan akhirnya membawa kejayaan. Ramadhan sudah menjenguk selama 11...

Kehidupan Penganggur dan Babysitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.    Ceria benar di Jumaat yang mulia ini, tuptaptutap dah nak habis bulan Rejab. Soon, Sya'ban dan Ramadhan. InshaAllah kita semua akan bertemu dengan Ramadhan. Semua umat Islam wajib berpuasa selama sebulan (30 hari) dan bukan Islam menghormati bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Syukur, Allah bagi kita berada di Malaysia yang berbilang kaum dan kebanyakannya lebih menghormati antara satu sama lain. Walaupun masih ada yang tidak menghormati antara satu sama lain itu minoriti sahaja. Doakan moga mereka diberi hati yang baik. Semoga Ramadhan yang bakal hadir nanti membawa seribu satu rahmat dan rezeki untuk kita semua.      Sudah lama tidak mengisi di ruangan ini untuk bercerita kehidupan selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam STPM. Alhamdulillah. Rezeki itu luas orang cakap, sepanjang cuti saya semakin sihat dan sihat. bulan Januari yang lalu, saya dipanggil utnuk menjadi babysitter kepada anak anak sepupu yang...

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum. Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.  Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah suda...