Skip to main content

Ramadhan ke-19 untuk aku

assalamualaikum dan salam sejahtera.
6 Jun 2017


Aku masih menyambung pelajaran di peringkat STPM. masa berlalu dengan pantas, belum sempat untuk menceritakan pengalamanku di sini. Siapa kata STPM ini mudah? siapa kata STPM ini halatuju untuk mereka yang mendapat keputusan SPM yang teruk? siapa kata STPM ini halatuju terakhir?

Cuti semesta masih berbaki beberapa hari... siapa sangka aku bakal menempuh semesta terakhir di sini? siapa sangka aku mampu bertahan hingga ke peringkat ini? kalau diceritakan di sini, tentang kehidupan, onar duri di sini aku tak mampu. semoga aku mampu untuk terus istiqomah dan meraih kejayaan di sini.

Aku berjaya harungi semesta 1 dan semesta 2 dengan berhemah walau aku jatuh di tengah jalan aku tetap bangkit. siapa kata aku tidak kecundang untuk berhenti?  siapa kata aku mampu untuk bertahan menerima semua ini dengan terbuka? semua ini penuh rahsia. semoga rahsia yang Allah sembunyikan akhirnya membawa kejayaan.

Ramadhan sudah menjenguk selama 11 hari. Ramadhan kali ini mungkin lain buat aku? Ramadhan kali ini mungkin lebih mencabar aku? mungkin juga Ramadhan kali ini membuktikan bahawa aku sudah melangkah ke alam dewasa. Ye, aku 19 tahun. Ramadhan ke 19 ini mungkin akan lebih mencabar emosi, fizikal dan rohani aku? semoga Allah permudahkan urusan aku.

Sepanjang Ramadhan ini, bermula daripada awal cuti aku bersyukur aku diberi peluang untuk berjumpa Ramadhan ini. Sistimewa Ramadhan. Manusia mula memenuhi masjid untuk terawih, Manusia mula memenuhi masjid untuk iftar bersama. Manusia mula berlumba lumba melakukan amalan. semoga Allah melipat gandakan pahala.

Siapa sangka di dalam cuti persekolahan ini juga, manusia mengambil kesempatan untuk membuat persiapan raya? awal bukan? betul, raya disunatkan berpakaian baru dan cantik. aku mengambil mudah mungkin untuk persiapan raya kali ini? aku kurang berminat untuk membuat persiapan raya lagi, mungkin aku sudah lali dengan raya? tapi ini aku untuk tahun ke-19 ini. sekiranya ini post terakhirku, maafkan aku.

selamat menjalani ibadah puasa
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
Selamat Menyambut Pembukaan Semesta 3
Selamat Menamatkan Final Sem dengan jayanya.

Semoga Allah merahmati kehidupan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum. Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.  Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah suda...

Kehidupan Penganggur dan Babysitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.    Ceria benar di Jumaat yang mulia ini, tuptaptutap dah nak habis bulan Rejab. Soon, Sya'ban dan Ramadhan. InshaAllah kita semua akan bertemu dengan Ramadhan. Semua umat Islam wajib berpuasa selama sebulan (30 hari) dan bukan Islam menghormati bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Syukur, Allah bagi kita berada di Malaysia yang berbilang kaum dan kebanyakannya lebih menghormati antara satu sama lain. Walaupun masih ada yang tidak menghormati antara satu sama lain itu minoriti sahaja. Doakan moga mereka diberi hati yang baik. Semoga Ramadhan yang bakal hadir nanti membawa seribu satu rahmat dan rezeki untuk kita semua.      Sudah lama tidak mengisi di ruangan ini untuk bercerita kehidupan selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam STPM. Alhamdulillah. Rezeki itu luas orang cakap, sepanjang cuti saya semakin sihat dan sihat. bulan Januari yang lalu, saya dipanggil utnuk menjadi babysitter kepada anak anak sepupu yang...

king of date

assalamualaikum. salam sejahtera. king of date? tak terkeluar suara nak sebut. sebab berdebar. penentu segalanya. tak kesah lah apa-apa yang akan dapat. sebab rezeki Allah tu kat mana-mana. bukan rezeki tu bergantung pada manusia. Allah bagi akal fikiran untuk kita manfaatkan segalanya. kalau tak minat belajar mentelaah segala ilmu akademik ni, hampa semua boleh nak terus bekerja meniaga ke hape ke. "Islam mewajibkan menuntut ilmu" ye. saya sokong denagn hujah berkenaan. dan kalau bekerja tu, bkan menuntut ilmu ke? sedangkan bekerja juga dikira sesuatu ilmu yang baharu yang dipelajari. that ilmu. dan tak salah kalau kita mencelah di mana-mana kuliah ataupun kelas yang berkonsepkan agama untuk kita stabilkan dunia dan akhirat. kalau hampa semua sangat suka dengan mentelaah ilmu akademik. dan tak salah langsung pun kalau kita mencelah jugak untuk mendegar kuliah. sekurang-kurangnya kuliah magrib. tak pun. search youtube. apa? ingat zaman teknologi ni tak boleh buat? daripada...