Skip to main content

fikiran buntu

assalamualaikum. salam sejahtera. hai. hai.

Gaya macam seorang yang sangat gembira. haha. nak kerapkan post lepas ni dengan kehadiran benda alah yang membantu merajinkan aku dalam urusan menulis blog nih. lepas spm ni, semua yang aku nak buat yang aku tangguh masa aku hadap belajar dan spm tuh, aku dapat buat. dan akhirnya aku tahu mereput ini memang membosankan. arah tuju lepas spm ni, aku tak tahu nak buat apa. nak tanam anggur belakang rumah ke nak tanam lalang tepi rumah ke. tu atas apa yang aku fikir nak buat lah. kadang-kadangkan walaupun musim blogger ni dah tak berapa nak glamor, aku tetap nak post. nak cerita dekat semua yang membaca. walaupun tak ramai. hahaha. drama melayu sedih kat sini.

Sejak aku mereput dekat rumah sepanjang sebulan dengan penuh aktiviti abi rancang dan aktiviti yang djalankan, memang banyak dan best. sekolah bukak nanti, jawabnya aku mereput sorang-sorang je. lepas ni, along balik mereput bersama dengan along. hahaha. orang lain mohon belajar sungguh-sungguh. sejak dua menjak bila adik-adik sibuk nak barang baru untuk sesi persekolahan tahun 2016 ni kononya. umi abi sudah mula bercakap soal masa depan. meaning, aku punya langkah seterusnya dalam dunia ni lah. ambil stpm katanya, tapi aku nak ke pakai baju sekolah lagi? nak ke dapat title budak sekolah lagi? tapi kalau aku nak sambung diploma kos tu lah. kesian umi, abang tu hah sorang belajar degree without pinjaman dan biasiswa, lagi adik 3 orang nak sekolah, lepas tu nanti along nak praktikal nak pakai banyak wang belanja. kalau aku ambil jugak diploma tu memang kos tinggi, kalau aku mintak pinjaman kan? larat ke aku nak bayar balik hutang tu. nanti campur dengan riba' dan bunga lagi. hadoi. migrain. hahaha.

Aku pun diam saja dulu, tak fikir sangat. ni hah along suruh sambung diploma. hadoi. memang nak sambung diploma, tapi aku nak ambil cost apa? aku nak pergi ke arah bidang apa? kalau sejarah kakak abang-abang tu semua bidang sains lah. aku ni salah satu anak yang ambil akaun. takpa. bidang orang berbeza. kemampuan berbeza. kadang-kadang fikir nak cost akaun kan? tapi mampu ke aku nak hadap akaun sepanjang hayat? orang cakap akaun susah bila belajar dekat u. tu kate orang yang memang tak inat akaunkot. ckgu akaun aku happy je keluar u, takda pun cakap kat aku jangan ambil akaun.hahah. sepupu aku pun ade jugaklah dua tiga orang ambil akaun. tapi nak cakap lah, hampir semua bermasa depankan kelas sains. hahah. tapi tak kisah sangat lah pasal tu. cuma bila nak melangkah u ni, orng duk sibuk tanya nak sambung mana. aku ni konfius nak jawab apa.

Kadang-kadang tu aku lebih kepada senyum je especially kawan-kawan abi umi yang memang aku tak tahu nak bersembang apa. jadi, bila ditanya nak sambung mana, aku senyum. tak menjawab soalan. umi abi selalu tegur. tapi, aku tak rasa sesuai untuk jawab tak tahu. nampak macam aku ni tak fikir ke arah tuju aku tu? walaupun aku tahu lah depa tak cakap lagu tuh. sebab depa pun ada anak yang dulunya mereput macam aku. tunggu anggur berbuah. takpa lah. aku malas lagi nak fikir. jap lagi abang-abang kakak balik kita fikir sama-sama. hahaha.

Baru je sebulan habis spm, ni hah. kawan kau dah kena pinang. kenapa awal sangat? ni mak ayah nak katanya. ohh. mungkin lah parent dia nak sang suami pulak yang didik dia jadi baik. walaupun bagi aku, dia ni dah baik sangat. hahahaah. tapi secara keseluruhanya, aku 18 tahun dah. meaning, ni anak bujang lagi sorang muncul. bila lah agak-agak kakak abang-abang aku nak kawin, nak jugak terasa pegang anak sedara sendiri. ni apa? duk pegang anak sepupu je kiri kanan. hahaha. so? untuk kawan aku yang sudah dipetik itu, semoga kau terus kuat dan sentiasa sabar dengan ujian Allah dan kau sentiasa bersabar dalam menghadapi dunia dan alam baru ini. dengar cite, kau nak tunang tahun depan. jangan lupa, tugas sebagai tunang orang tu tak sesenang yang kita selalu berangan dulu. hahahah.

Adik aku semua sibuk nak sekolah. yang bongsu dah naik darjah 4. yang kedua bongsu dah naik form1. hah. rasalah alam sekolah menengah macam mana, mencabar tak. sanggup ke tak kena tahan kena sergah dengan senior. nasihat achik, sebaiknya sebagai junior yang baik nanti, bila kena sergah, abang de sergah dia balik. no hal. achik bagi green light. hahaha. adik bawah aku ni dah form 3. pt3 lah jawabnya, hadaplah. ingat senang ke nak hadap weh? aku tak alami pt3. aku alami pmr. dan pmr tu susah. ni kalau ateh pt3, mungkin makin sukar. takpa. hadap saja. tak kuat tak mampu hadap. balik rumah takpayah pergi hostel. hahaha. alang aku dan sambung degree kan dekat um ikut jejak angah. memang sentiasa um dihati depa. semoga dipermudahkan. angah tu tinggal setahun je lagi. achik tahu angah mampu. si along ni satunya kakak aku. dah habis belajar. sekarang pulun untuk last exam nih, lepas ni along graduate. kerja. gaji pertama janjinya nak makan besar. hahaha. tak syabarnyaaa.

terlewat sudah. terpanjang post nih. hahah. gerak dulu lah. kat sini memang aku rajin bleber kan? kalau nak tahu, kat rumah double lagi aku bleber. ni hah. dekat adik-adik aku. selalu dengar aku bleber kat telinga. mesti tension depa. padam muka. ok. bye. bye. untu kali ini, aku malas nak cari usb nak letak gambar dalam post kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan ke-19 untuk aku

assalamualaikum dan salam sejahtera. 6 Jun 2017 Aku masih menyambung pelajaran di peringkat STPM. masa berlalu dengan pantas, belum sempat untuk menceritakan pengalamanku di sini. Siapa kata STPM ini mudah? siapa kata STPM ini halatuju untuk mereka yang mendapat keputusan SPM yang teruk? siapa kata STPM ini halatuju terakhir? Cuti semesta masih berbaki beberapa hari... siapa sangka aku bakal menempuh semesta terakhir di sini? siapa sangka aku mampu bertahan hingga ke peringkat ini? kalau diceritakan di sini, tentang kehidupan, onar duri di sini aku tak mampu. semoga aku mampu untuk terus istiqomah dan meraih kejayaan di sini. Aku berjaya harungi semesta 1 dan semesta 2 dengan berhemah walau aku jatuh di tengah jalan aku tetap bangkit. siapa kata aku tidak kecundang untuk berhenti?  siapa kata aku mampu untuk bertahan menerima semua ini dengan terbuka? semua ini penuh rahsia. semoga rahsia yang Allah sembunyikan akhirnya membawa kejayaan. Ramadhan sudah menjenguk selama 11...

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum. Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.  Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah suda...

KENANGAN ~

  Sekian lama menyepi, blog yang sudah kurang update, semakin kurang updatenya. Catatan terakhir, keluarnya keputusan SPM, 10 bulan berlalu. 2 bulan juga aku membawa diri ke tempat yang jauh di mata pembaca blog. kembaliku di Terengganu, Mei 2016, untuk meneruskan perjuangan yang tersisa iaitu menuntut ilmu. Pilihan yang Allah aturkan cukup indah bukan? aku meneruskan lagi bidang kemanusian iaitu ekonomi. Siapa sangka niat hanya menuntut ilmu seketika sambil menunggu panggilan yang lain bertahan hingga tamatnya semesta 1. Result semesta 1 tak keluar lagi, untuk kakak-kakak abang-abang dan makcik-makcik yang bertanya "keputusan berapo?" saya masih belum ada jawapan yang sesuai untuk itu.   Post kali ni, untuk saya titipkan beberapa kata-kata buat insan yang pernah ada dalam hidup saya. yang pernah bertakhta dalam hati saya iaitu kawan-kawan perjuangan.  Buat insan-insan terpilih~~ p/s:sekolah rendah tak pandai lagi nak bergambar mungkin sebab no gambar lah heh...