Skip to main content

Kehidupan Penganggur dan Babysitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

   Ceria benar di Jumaat yang mulia ini, tuptaptutap dah nak habis bulan Rejab. Soon, Sya'ban dan Ramadhan. InshaAllah kita semua akan bertemu dengan Ramadhan. Semua umat Islam wajib berpuasa selama sebulan (30 hari) dan bukan Islam menghormati bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Syukur, Allah bagi kita berada di Malaysia yang berbilang kaum dan kebanyakannya lebih menghormati antara satu sama lain. Walaupun masih ada yang tidak menghormati antara satu sama lain itu minoriti sahaja. Doakan moga mereka diberi hati yang baik. Semoga Ramadhan yang bakal hadir nanti membawa seribu satu rahmat dan rezeki untuk kita semua. 

    Sudah lama tidak mengisi di ruangan ini untuk bercerita kehidupan selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam STPM. Alhamdulillah. Rezeki itu luas orang cakap, sepanjang cuti saya semakin sihat dan sihat. bulan Januari yang lalu, saya dipanggil utnuk menjadi babysitter kepada anak anak sepupu yang berada di Kuala Lumpur selama hampir sebulan sebenarnya. Saya pulang dengan berbekalkan keputusan sem 3 dan Alhamdulillah ketika itu keputusan yang tidak mengecewakan. Setelah sekian lama menetap di sana saya mula pulang ke kampung kesayangan dan tanah tumpah darahku. Secara automatik, saya dipanggil untuk menjadi babysitter sehingga kini. 

    Kehidupan babysitter agak mencabar dengan keadaan rumah senang bersepah, masak juga terganggu, aktiviti mengemas rumah, melipat kain juga agak terjejas kerana rengekan dan permintaan yang harus ditunaikan "nak mainan" "nak kencing" "nak air milo" "nak main telefon" "nak susu" walaupun aku hanya menjaga 2 orang anak kecil namun segala permintaan berbeza agak terhad untuk dilakukan secara serentak. Aktiviti rumah masih lagi saya yang menjaga. Menghantar, menjemput adik adik pulang dari sekolah dalam waktu yang berbeza. Masa untuk aku dan kawan kawan seperjuangan agak terhad kerana aku juga kadang-kadang weekend juga perlu bekerja untuk membantu si ibu dan abi dalam menjaga mereka. perasaan ibu dan kerja buat seorang ibu aku praktiskan sepanjang cuti. Tak ada calon ke nak masuk meminang? :-P

   Aku sebenarnya telah banyak melakukan dosa, menyakiti dan melukakan hati. Bukan seorang tetapi lebih dua orang. Sekarang aku memilih untuk diam dan aku memilih untuk menjauhkan diri dari semua yang amat melalaikan seperti itu. Aku memohon maaf secara terbuka buat mereka yang pernah disakiti kerana aku yang tidak matang dan tidak pandai untuk mengatakan "TAKNAK,TAKMAHU" kerana aku tidak mahu melihat kekecewaan. Malah, aku telah banyak melihat kekecewaan dengan cara begini. Maafkan aku. 

Jumaat yang berkat ini, saya akhiri post dan tunggu bulan depan pulaaaa :-P




DSW
p/s: UPU dah tutup tunggu keputusan kemasukan. Doakan saya mendapat pilihan yang pertama.


Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan ke-19 untuk aku

assalamualaikum dan salam sejahtera. 6 Jun 2017 Aku masih menyambung pelajaran di peringkat STPM. masa berlalu dengan pantas, belum sempat untuk menceritakan pengalamanku di sini. Siapa kata STPM ini mudah? siapa kata STPM ini halatuju untuk mereka yang mendapat keputusan SPM yang teruk? siapa kata STPM ini halatuju terakhir? Cuti semesta masih berbaki beberapa hari... siapa sangka aku bakal menempuh semesta terakhir di sini? siapa sangka aku mampu bertahan hingga ke peringkat ini? kalau diceritakan di sini, tentang kehidupan, onar duri di sini aku tak mampu. semoga aku mampu untuk terus istiqomah dan meraih kejayaan di sini. Aku berjaya harungi semesta 1 dan semesta 2 dengan berhemah walau aku jatuh di tengah jalan aku tetap bangkit. siapa kata aku tidak kecundang untuk berhenti?  siapa kata aku mampu untuk bertahan menerima semua ini dengan terbuka? semua ini penuh rahsia. semoga rahsia yang Allah sembunyikan akhirnya membawa kejayaan. Ramadhan sudah menjenguk selama 11...

fikiran buntu

assalamualaikum. salam sejahtera. hai. hai. Gaya macam seorang yang sangat gembira. haha. nak kerapkan post lepas ni dengan kehadiran benda alah yang membantu merajinkan aku dalam urusan menulis blog nih. lepas spm ni, semua yang aku nak buat yang aku tangguh masa aku hadap belajar dan spm tuh, aku dapat buat. dan akhirnya aku tahu mereput ini memang membosankan. arah tuju lepas spm ni, aku tak tahu nak buat apa. nak tanam anggur belakang rumah ke nak tanam lalang tepi rumah ke. tu atas apa yang aku fikir nak buat lah. kadang-kadangkan walaupun musim blogger ni dah tak berapa nak glamor, aku tetap nak post. nak cerita dekat semua yang membaca. walaupun tak ramai. hahaha. drama melayu sedih kat sini. Sejak aku mereput dekat rumah sepanjang sebulan dengan penuh aktiviti abi rancang dan aktiviti yang djalankan, memang banyak dan best. sekolah bukak nanti, jawabnya aku mereput sorang-sorang je. lepas ni, along balik mereput bersama dengan along. hahaha. orang lain mohon belajar sungguh...