Skip to main content

tamat sudah perjalanan form 6

Hai, Assalamualaikum.

Hello there.

 2018 sudah menjenguk. 9 years ago saya berkira untuk membuat satu blog khas untuk saya sendiri menulis coretan yang ada sepanjang hidup. Alhamdulillah. Hari ini dan mungkin seterusnya aku bakal dipanggil makcik makcik kerana zaman remaja sudah mula meninggalkan saya. peringkat belasan tahun bakal meninggalkan saya. Alhamdulillah. Setahun setengah sudah berlalu maka secara langsung saya berjaya menghabiskan peringkat STPM. Siapa sangka? seorang remaja perempuan yang masih lagi dapat membuat keputusan yang baik dalam hidup dapat menghabiskan di peringkat ini. syukur, perjalanan di sini di permudahkan oleh Allah. Blog ini mula dicipta di saat mulanya aku mendapat komputer riba bantuan kerajaan Terengganu pada tahun 2009. Ketika itu, saya berumur 11 tahun.Dan kini blog mula tidak dikemaskini kerana kekangan masa untuk belajar, bersosial dan sebagainya. Semoga cuti yang panjang ini saya dapat berkongsi cerita yang banyak. Pada akhir 2017, saya menduduki peperiksaan yang akhir buat saya di dunia Tektra. Di saat-saat akhir, saya menikmati masa di sana. Dan segalanya dipermudahkan.

  Siapa sangka kesedihan untuk bersama kawan-kawan ada juga gembiranya. Saya berjaya melalui liku-liku kehidupan di sini. Kawan di Tektra agak mencabar sebenarnya. Saya gembira kerana saya berjaya memujuk hati bertahan di sana sehingga tamat. Beberapa individu yang datang mencari saya selepas tamatnya, dan saya tidak memberi respon sehingga kini. Maafkan saya. Sebenarnya apa yang berlaku di Tektra dan apa yang kita lalui, saya tidak pernah berdendam dan menyimpan apa-apa perasaan. Malah, peristiwa di sini telah memberi saya pengalaman yang baru. Mungkin pada awalnya, saya marah, kecewa sedih dan sebagainya. Tapi, bila difikirkan balik. Tidak perlu, sebab apa yang berlaku bukan kehendak kita tetapi ketentuan Allah dan mungkin ini adalah yang terbaik. Saya tidak memberi respon sebab saya memikirkan ini adalah pilihan tepat untuk kedua dua pihak daripada melayan emosi. Bila tamatnya STPM, maka lupakan apa yang pahit.

  Semoga kita semua akan lebih matang dan suatu hari nanti kita akan lebih berfikiran terbuka dengan masalah-masalah seperti ini. Semoga hidup kita dipermudahkan segalanya. Semoga perjalanan kita ini dipermudahkan oleh Allah.


p/s: dah seminggu tangguh post ini.
       jangan jemu tengok gambar.
















Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan ke-19 untuk aku

assalamualaikum dan salam sejahtera. 6 Jun 2017 Aku masih menyambung pelajaran di peringkat STPM. masa berlalu dengan pantas, belum sempat untuk menceritakan pengalamanku di sini. Siapa kata STPM ini mudah? siapa kata STPM ini halatuju untuk mereka yang mendapat keputusan SPM yang teruk? siapa kata STPM ini halatuju terakhir? Cuti semesta masih berbaki beberapa hari... siapa sangka aku bakal menempuh semesta terakhir di sini? siapa sangka aku mampu bertahan hingga ke peringkat ini? kalau diceritakan di sini, tentang kehidupan, onar duri di sini aku tak mampu. semoga aku mampu untuk terus istiqomah dan meraih kejayaan di sini. Aku berjaya harungi semesta 1 dan semesta 2 dengan berhemah walau aku jatuh di tengah jalan aku tetap bangkit. siapa kata aku tidak kecundang untuk berhenti?  siapa kata aku mampu untuk bertahan menerima semua ini dengan terbuka? semua ini penuh rahsia. semoga rahsia yang Allah sembunyikan akhirnya membawa kejayaan. Ramadhan sudah menjenguk selama 11...

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum. Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.  Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah suda...

KENANGAN ~

  Sekian lama menyepi, blog yang sudah kurang update, semakin kurang updatenya. Catatan terakhir, keluarnya keputusan SPM, 10 bulan berlalu. 2 bulan juga aku membawa diri ke tempat yang jauh di mata pembaca blog. kembaliku di Terengganu, Mei 2016, untuk meneruskan perjuangan yang tersisa iaitu menuntut ilmu. Pilihan yang Allah aturkan cukup indah bukan? aku meneruskan lagi bidang kemanusian iaitu ekonomi. Siapa sangka niat hanya menuntut ilmu seketika sambil menunggu panggilan yang lain bertahan hingga tamatnya semesta 1. Result semesta 1 tak keluar lagi, untuk kakak-kakak abang-abang dan makcik-makcik yang bertanya "keputusan berapo?" saya masih belum ada jawapan yang sesuai untuk itu.   Post kali ni, untuk saya titipkan beberapa kata-kata buat insan yang pernah ada dalam hidup saya. yang pernah bertakhta dalam hati saya iaitu kawan-kawan perjuangan.  Buat insan-insan terpilih~~ p/s:sekolah rendah tak pandai lagi nak bergambar mungkin sebab no gambar lah heh...