Skip to main content

selamat kembali

assalamualaikum dan salam sejahtera.

blog mula bersarang kerana jadual terlalu padat. hari ini hati mula tergerak untuk mengisi blog dengan kisah kehidupan yang baru di sekolah yang baru. alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. pada awalnya agak sukar untuk cuba selesa dalam keadaan begini. namun, harus cuba sadokan hati demi keluarga. sifat rindu kawan sekolah lama itu biasa. alhamdulillah, segalanya selesai dan sekarang sibuk dengan aktivi sekolah yang teramat padat. terima dan redo. segalanya berlaku dengan pantas. sekarang sudah masuk bulan april dan bermulalah cukai gst yang ditetapkan oleh kerajaan. semoga rakyat tabah. kawan pun so far, so good. tiada masalah untuk istilah kawan dan cuma perlukan hati yang sado. untuk sesi pembelajaran juga tiada masalah malah lebih syok belajar di sini dengan kehadiran kawan-kawan yang baru dan guru-guru yang baru. terima kasih kerana menerima semua perangai saya yang jenis banyak kerenah masa dalam kelas dan sukar untuk memahami tajuk yang diajar. 

oleh kerana masa tidak mengizinkan, setakat ini dahuu post saya. 
 rindu sangat ~

 ok faham?

account members :)

Comments

Popular posts from this blog

Ramadhan ke-19 untuk aku

assalamualaikum dan salam sejahtera. 6 Jun 2017 Aku masih menyambung pelajaran di peringkat STPM. masa berlalu dengan pantas, belum sempat untuk menceritakan pengalamanku di sini. Siapa kata STPM ini mudah? siapa kata STPM ini halatuju untuk mereka yang mendapat keputusan SPM yang teruk? siapa kata STPM ini halatuju terakhir? Cuti semesta masih berbaki beberapa hari... siapa sangka aku bakal menempuh semesta terakhir di sini? siapa sangka aku mampu bertahan hingga ke peringkat ini? kalau diceritakan di sini, tentang kehidupan, onar duri di sini aku tak mampu. semoga aku mampu untuk terus istiqomah dan meraih kejayaan di sini. Aku berjaya harungi semesta 1 dan semesta 2 dengan berhemah walau aku jatuh di tengah jalan aku tetap bangkit. siapa kata aku tidak kecundang untuk berhenti?  siapa kata aku mampu untuk bertahan menerima semua ini dengan terbuka? semua ini penuh rahsia. semoga rahsia yang Allah sembunyikan akhirnya membawa kejayaan. Ramadhan sudah menjenguk selama 11...

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum. Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.  Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah suda...

KENANGAN ~

  Sekian lama menyepi, blog yang sudah kurang update, semakin kurang updatenya. Catatan terakhir, keluarnya keputusan SPM, 10 bulan berlalu. 2 bulan juga aku membawa diri ke tempat yang jauh di mata pembaca blog. kembaliku di Terengganu, Mei 2016, untuk meneruskan perjuangan yang tersisa iaitu menuntut ilmu. Pilihan yang Allah aturkan cukup indah bukan? aku meneruskan lagi bidang kemanusian iaitu ekonomi. Siapa sangka niat hanya menuntut ilmu seketika sambil menunggu panggilan yang lain bertahan hingga tamatnya semesta 1. Result semesta 1 tak keluar lagi, untuk kakak-kakak abang-abang dan makcik-makcik yang bertanya "keputusan berapo?" saya masih belum ada jawapan yang sesuai untuk itu.   Post kali ni, untuk saya titipkan beberapa kata-kata buat insan yang pernah ada dalam hidup saya. yang pernah bertakhta dalam hati saya iaitu kawan-kawan perjuangan.  Buat insan-insan terpilih~~ p/s:sekolah rendah tak pandai lagi nak bergambar mungkin sebab no gambar lah heh...