Skip to main content

tamatnya spm tamat jugak sekolah

assalamualaikum guys.
salam sejahtera.

heheh. sudah tamat spm sudah berapa lama,tapi tidak diberi peluang untuk menulis di blog. blog ni pun sudah mula bersarang agak lama tanpa berita dari penulisnya. maaf, penulisnya sibuk dengan spm yang amat susah. siapa cakap spm ni senang?aku lalui. aku faham. nak tahu?akibat dari kisah tingkatan 4 ni, aku main-main, oang cakap jangan main main jugak. orang cakap tingkatan 4 bukan untuk honeymoon. honeymoon jugak, akibatnya, tingkatan 5 ni hah. jenuh nak study semua benda balik. buat junior-junior yang bakal naik tingkatan 5 tahun depan, akaknasihatkan cuti ni korang study balik bab tingkatan 4. biologi, kimia, fizik, addmath, akaun, math, bahasa melayu,bahasa inggeris dan sebagainya. kalau aku nak sebut semua subjek kat sini konfem tak sudah, tak dapat budak-budak ni nak main komputer. aku aliran akaun, semua pembaca tahu kan? hahahah. mase nak pilih aliran tu bukan main susah, fikir beribu kali. umi abi cakap ambik pengajian islam,hah. degil, ambil akaun. tingkatan 4, akaun satu habuk pun aku tak reti. masuk tingkatan 5, cikgu aku maah lah sebab kerja kursus tingkatan 4 aku tak buat, memang layak kena marah sebab malas sangat.

jadi, dengan muka selamba, aku pun merangkak buat kerja kursus tingkatan 4. betul kata orang, keja kursus yang buat kita faham semuanya. kalau tak buat,memang aku tak pandai. pastu, dengan bantuan cikgu aku ni, aku buat latihan. mungkin sampai muntah hijau. aku akhirnya boleh terima istilah debit kredit, istilah pengurangan penambahan, belanja aset liabiliti ekuiti pemilik dan sebagainya. malas nak taip panjang-panjang tak semua orang faham pun apa yang aku bleber kat sini. dan akhirnya minat akaun tu mula timbul dan akhirnya aku tahu takdir Allah tu benar. baik untuk aku.setahun tukus lumus nak hadapi spm ni kan, kire semua subjek lah. sejarah yang tingkatan 4 aku tak tahu apa-apa, last dengan semangat dan bantuan cikgu, aku mampu skor. tapi kan? sejarah spm soalan die memang saje soalan maut. soalan yang perhhhhh. hahahaha. susah beb, aku mengaku. pastu dengan subjek sainsnya aku kosong dalam kepala tak ready lagi dengan semanagat juang yang tinggi, cikgu tolong dengan baik, kawan-kawan pun berperanan k dalam usaha aku ni.hahahah. jadi? aku tukuslumus semua subjek,tibanya 2 november 2015, malam exam tu, lepas magrib aku tidur. lepas tu, aku bangun pukul 2 nak sembahyang isyak. pastu aku memang dia mari perasaaan berdebar tu, aku tak boleh tidur beb, aku pun bukak tablet abi tu, aku cari contoh karangan dan beberapa bentuk soalan yang dijangka keluar. pukul 4 tu,umi bangun. nampak anaknya yang tengah kusut fikir spm, umi datang, peluk. hahaha. memang berlaku drama lah, aku nangis. aku lapar lagi mase tu. pastu aku pun teruskan study last minit hingga subuh. abi bangun. solat jemaah. pagi tu, aku buat sarapan buat adik-adik, air milo lepas tu bagi makan roti. cukuplah. aku pun pegang yassin baca menitis air mata sebab sangat berdebar, memang masa tu aku tak tahu apa yang aku debarkn tapi tak senang duduk.

abi pun nak pergi hantar adik-adik kat sekolah, aku biasa pergi sekali dengan umi, jadi aku salamlah abi, abi gengam tangan aku, pastu peluk. "abi harapkan yang terbaik dari kakchik, harapan yang tinggi untuk spm nih" nangis lagi. hahaha. memang sedih pagi tu, pastu umi keluar ok pergi sekolah. aku terus ke dewan untuk berkumpul. gila beb. semau cikgu ada kat situ yang tak pernah ajar pun ada sekali, memang sebak. nak nangis, cover sebab dkat skolah. pastu aku pun salam semua cikgu yang ada, anak ustazah kat sini kan? jadi semua cikgu menaruh harapan dekat aku,peluk. tepuk dekat belakang, cium dahi. memang sebak. pastu "anaknda ni, buat elok-elok tau, baca soalan" cikgu hasmah, ckgu bm. kan kertas bm pagi tu, masuk bilik periksa, aku duduk kat depan sekali beb. hahaha. pastu, debar tak cakap dengan orang dapat kertas jawab. sampai lah ptg. esoknya debar tu kurang sikitlah. last sekali, 30.11.15 paper perdagangan. aku hilang perasaan berdebar tapi happy sebab dah nak habis beb.hahahah.jadi, memang aku happy sebab aku tak perlu lagi nak  gaduh dengan adik-adik berebut tempat study. hahaha. ok, zakuan nak komputer nih got go. sekolah tamat

 kawan baruu.

tetap dalam ingatan. 

 graduasi dah i  nihh.

study akaun tu. 

 lepak lepas tekanan.

 seminggu sebelum spm

 nazihah, izzah. reunion mtt

 reunion mtt 

 sekian setahun tak jumpa.

as you always says teacher "hey munirah where are you? i can't see you"
our mommy of 5Ibnu Khaldun.

hahaha. ni je sempat letak, nanti post akan datang pasti akan muncul gamba-gambar lain. k?
bye. assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Mencari Haluan

Salam sejahtera dan Assalamualaikum. Hari ini aku ditanya dengan beribu soalan mengenai keputusan STPM bagaimana aku ingin katakan? sedangkan hati aku dan diri aku sendiri takut untuk mengulas apa-apa. Junior sekolah mula bertanya, senior sekolah, guru-guru tidak lain dan tidak bukan keluarga terdekat sudah mula membuat andaian mengenai keputusan aku, perasaan takut untuk melangkah terus menyelubungi aku. Aku berfikir sejenak di manakah hala tuju kehidupan aku, aku mula takut kerana apa yang aku boleh lakukan sekarang hanya bertawakkal berserah segalanya kepada Allah.  Harapan umi abi sangat tinggi buat aku semakin takut, aku merupakan calon tunggal STPM dalam keluarga ini (setakat ini) hehe. kakak dan abang abang berjaya memilih matrikulasi dan asasi sains selama setahun dan berjaya melanjutkan ijazah dalam bidang ahli kimia, geologi dan chemical engineering. walaupun mungkin rezeki pekerjaan mereka bukan apa yang mereka inginkan. Namun, mereka berjaya. Along dan angah suda...

Kehidupan Penganggur dan Babysitter

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.    Ceria benar di Jumaat yang mulia ini, tuptaptutap dah nak habis bulan Rejab. Soon, Sya'ban dan Ramadhan. InshaAllah kita semua akan bertemu dengan Ramadhan. Semua umat Islam wajib berpuasa selama sebulan (30 hari) dan bukan Islam menghormati bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Syukur, Allah bagi kita berada di Malaysia yang berbilang kaum dan kebanyakannya lebih menghormati antara satu sama lain. Walaupun masih ada yang tidak menghormati antara satu sama lain itu minoriti sahaja. Doakan moga mereka diberi hati yang baik. Semoga Ramadhan yang bakal hadir nanti membawa seribu satu rahmat dan rezeki untuk kita semua.      Sudah lama tidak mengisi di ruangan ini untuk bercerita kehidupan selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam STPM. Alhamdulillah. Rezeki itu luas orang cakap, sepanjang cuti saya semakin sihat dan sihat. bulan Januari yang lalu, saya dipanggil utnuk menjadi babysitter kepada anak anak sepupu yang...

king of date

assalamualaikum. salam sejahtera. king of date? tak terkeluar suara nak sebut. sebab berdebar. penentu segalanya. tak kesah lah apa-apa yang akan dapat. sebab rezeki Allah tu kat mana-mana. bukan rezeki tu bergantung pada manusia. Allah bagi akal fikiran untuk kita manfaatkan segalanya. kalau tak minat belajar mentelaah segala ilmu akademik ni, hampa semua boleh nak terus bekerja meniaga ke hape ke. "Islam mewajibkan menuntut ilmu" ye. saya sokong denagn hujah berkenaan. dan kalau bekerja tu, bkan menuntut ilmu ke? sedangkan bekerja juga dikira sesuatu ilmu yang baharu yang dipelajari. that ilmu. dan tak salah kalau kita mencelah di mana-mana kuliah ataupun kelas yang berkonsepkan agama untuk kita stabilkan dunia dan akhirat. kalau hampa semua sangat suka dengan mentelaah ilmu akademik. dan tak salah langsung pun kalau kita mencelah jugak untuk mendegar kuliah. sekurang-kurangnya kuliah magrib. tak pun. search youtube. apa? ingat zaman teknologi ni tak boleh buat? daripada...